work from home

Work From Home | Pengalaman 5 Tahun Saya Sebagai Pekerja Dari Rumah

Sesungguhnya tiada apa lah yang terlintas di fikiran saya ketika 5 tahun yang dulu. Saya tak tahu & tak pernah tahu ada istilah Work From Home seperti mana yang berlaku sekarang.

Alhamdulillah, Allah Uji kita dengan virus COVID-19 ni. In shaa Allah jika kita pandang sesuatu dengan pandangan yang positif, kita akan dapat yang positif juga.

5 Tahun Pengalaman Saya Sebagai Pekerja Work From Home

work from home

Saya terasa nak kongsi cerita ni sebab ada suka & duka di sebalik perkataan bekerja dari rumah ini.

Saya tahu, di saat ini, ramai yang sedang bersedih & berduka kerana kehilangan pekerjaan. Ada yang kerja contract, terpaksa menunggu masa untuk diberhentikan.

Ada pula yang bertambah bingung, kena kerja dari rumah dengan keadaan anak-anak riuh rendah serta tugasan kerja rumah yang tak tahu bila nak habis.

So, nak tahu tak macam mana saya buat untuk sesuaikan diri dengan semua situasi ini?

Rutin Saya Sebagai Pekerja Work From Home

Ok, sebelum tu saya nak introduce myself.

Saya Zaleha, dah berkahwin & merupakan ibu kepada 3 orang anak-anak yang sedang membesar (yang sulong sekarang darjah 5, second darjah 1, last buat masa ni on the way 4 tahun).

5 tahun dulu, saya memulakan kerjaya Work From Home dengan menjalankan bisnes Shaklee . Awak pernah dengar pasal Shaklee?

Antara rutin harian saya:

  • memasak untuk keluarga
  • mengemas & mencuci serta menyediakan pakaian seisi keluarga
  • mempersiapkan anak-anak
  • menghantar & menjemput anak-anak ke sekolah
  • memantau kerja sekolah anak-anak
  • menguruskan perniagaan secara atas talian
  • mengambil stok bekalan & menghantar kepada pelanggan

So itulah  serba sedikit tugas saya.

Kalau diikutkan rutin harian saya ini, memang bukan lagi 8 am to 5 pm. Ada kalanya start at 3 am & berakhir pada jam 10 malam. Ada kalanya start at 6 am, berakhir pada jam 1 pagi esoknya. Tak tentu masa bergantung pada keadaan.. hihi, honestly said, saya ni workaholic.

Rancangan televisyen?

Tiada dalam jadual harian saya 🙂

Namun, sejak buat bisnes Shaklee, saya kenal ramai orang melalui atas talian. Saya ada circle positif yang sentiasa menghubungkan saya dengan dunia luar. Jadi, tiada televisyen tak lah bermakna macam duduk bawah tempurung kan?

Ok, sampai sini saja dulu. Next time saya share lagi.

Anyway, jika ada yang berminat nak saya guide buat bisnes Shaklee sepanjang tempoh PKP & kena work from home ni, jemputlah klik link whatsapp saya ni:

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge